top of page

Nurul Izzah seru Undi 18, pengundi pos pilih calon lawan rasuah



Pengundi muda sama ada Undi 18 atau Undi 21 diharap keluar beramai ramai mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.


Dalam pesanan melalui aplikasi Tik Tok, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang juga salah satu ikon anak muda menyeru pengundi pertama kali agar menunaikan hak mereka, juga pengundi yang bekerja di Singapura untuk segera mendaftar undi secara pos.


"Kepada semua pengundi yang layak mengundi dalam PRN Johor, kepada anda semua yang layak mengundi, jangan lupa keluar dengan selamat dengan mematuhi SOP


"Kepada mereka yang tak boleh mengundi (dalam negara), tolong daftar pengundi pos. Kepada pengundi muda 18 tahun. Saya semasa 18 tahun tak boleh mengundi lagi. Sekarang kamu boleh," katanya.


Dalam pada itu, Nurul mengingatkan agar mereka memilih calon yang mampu mengangkat suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor, terutama calon calon KEADILAN yang sedia berkhidmat mensejahterakan rakyat.


"Jadi pastikan kamu keluar dan undi calon KEADILAN . Undi calon yang mampu membawa suara anda, melawan kebejatan dan salah guna kuasa.


"Lebih lebih lagi mempertahankan institusi demokarsi daripada terus disalahgunakan terutama bila bercakap usaha melawan rasuah," katanya lagi.

0 comments

تعليقات


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page