top of page

Nurul Izzah seru semua ahli kembali bersatu bina kekuatan parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 26
  • 2 min read

ree

Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyeru semua ahli parti itu kembali membina kembali kekuatan parti secara bersama demi kelangsungan perjuangan.


Menerusi kenyataan yang dimuat naik laman Facebook, beliau menjelaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden parti kini memikul amanah besar mengemudi negara di tengah ketidaktentuan global, termasuk konflik perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

"Maka, dalam keadaan ini, peranan Timbalan Presiden menjadi lebih kritikal – untuk memperkukuh parti dan memastikan urus tadbir dalaman berada pada landasan kukuh supaya Presiden dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negara.


"(Justeru) mari kita bina kembali kekuatan ini. Kalau ada yang retak, kita satukan. Kalau ada yang renggang, kita dekatkan," kata beliau.


Dalam kenyataan sama Nurul Izzah menyampaikan penghargaan kepada perwakilan yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepadanya pada pemilihan parti yang berakhir minggu lalu.


Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa kemenangan bukan sesuatu untuk dibanggakan, tetapi merupakan satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab.


"Kemenangan bukan lah waktu untuk bersorak atau bersenang lenang. Ia adalah waktu untuk bekerja dengan lebih keras dan lipat gandakan usaha - untuk turun padang, mendengar, menyingsing lengan dan kembali ke medan ‘tempur lawan sebenar’.


"Kita tidak punya banyak masa. Jangan sia-siakan setiap peluang dan setiap saat yang kita ada," jelasnya.


Justeru itu beliau memaklumkan bahawa beliau bakal melaksana satu program universal untuk semua cabang parti.


Program berkenaan tidak hanya memfokuskan usaha memperkasa jentera akar umbi, malah merupakan inisiatif meningkatkan sokongan rakyat kepada parti menerusi kaedah efektif dengan bantuan strategik kepada kawasan-kawasan memerlukan.


"Kita tidak boleh membiarkan pahlawan kita berjuang tanpa kekuatan. Kita akan pastikan setiap jeneral dan pahlawan parti dari cabang hingga ke pusat....dilengkapi dengan ilmu, sumber dan semangat juang yang cukup," tegasnya menerusi kenyataan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page