top of page

Nurul Izzah sasar beri bantuan kepada 500 keluarga ketika PKP 3.0


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyasarkan 500 keluarga yang terkesan dengan PKP 3.0 dengan memberi sumbangan bekalan makanan asas.


Beliau berkata, sumbangan tetap diberikan kepada penduduk Permatang Pauh walaupun kekurangan dana.


"Alhamdulillah, ribuan terima kasih buat para penderma yang sudi menyumbang dan bersama-sama membantu golongan yang terkesan akibat PKP 3.0 ini.


"Meskipun peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dipotong sekian lama, namun kebajikan warga #PermatangPauh sentiasa menjadi keutamaan saya.


"Sasaran kami untuk membantu 500 keluarga, doakan agar dipermudahkan!" katanya.


Beliau berkata, banyak sumbangan bekalan makanan yang disediakan, bukan sekadar beberapa barangan asas.


"Kami sediakan beras, mee dan bihun, tepung, sos cili dan kicap, susu, biskut, Milo dan teh. Saya dan pasukan Pusat Khidmat akan edarkan, InshaaAllah," katanya.


Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh berbuat demikian kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Permatang Pauh menerusi akaun bank Islam bernombor 07043011056444.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page