top of page

Nurul Izzah mampu jambatani idealisme dan realiti - Kamil Munim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai individu yang selayaknya menyambung obor perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).


Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sejarah tidak mampu menafikan betapa ketokohan Nurul Izzah teruji dengan asakan sistem zalim di masa lalu.


"Peristiwa itu melonjak kepemimpinan Nurul Izzah tatkala menjadi antara pengasas dan penggerak awal gerakan reformasi sehingga lahirnya KEADILAN sebagai wadah untuk massa.


"Dengan nilai kepemimpinan yang tegas dan unik, saya punyai harapan yang besar pada kepemimpinan beliau dalam memungkinkan lakaran sejarah bangsa yang lebih terangkum dan berketrampilan


"Dengan nilai kepemimpinan yang tegas dan unik, saya punyai harapan yang besar pada kepemimpinan beliau dalam memungkinkan lakaran sejarah bangsa yang lebih terangkum dan berketrampilan. Masanya telah tiba," katanya menerusi satu kenyataan.


Akar umbi KEADILAN baru-baru ini telah mencadangkan supaya Nurul Izzah bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu pada pemilihan sesi ini.


Setakat berita ini ditulis, Naib Presiden KEADILAN itu telah menerima sokongan majoriti dari Cabang-Cabang KEADILAN di semua negeri.


Sementara itu Kamil Munim berkata, pihaknya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Nurul Izzah adalah calon terbaik untuk jawatan Timbalan Presiden KEADILAN kerana mempunyai keupayaan menjambatani idealisme dengan tuntutan realiti politik semasa.


"Merebut kuasa dalam gelanggang demokrasi adalah lumrah, namun apa yang utama adalah bagaimana kuasa diterjemah demi rakyat.


"Justeru, dalam usaha kita mengolah amanah dan harapan rakyat saat ini, ketokohan dan karisma ternyata menjadi penyuntik kekuatan dan semangat baharu di kalangan pimpinan dan anggota," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page