top of page

Nurul Izzah kongsi panduan atasi 'kegilaan' gajet kalangan anak-anak



Oleh: Noraini Nordin


Naib Presiden KEADILAN Malaysia, Nurul Izzah Anwar berkongsi panduan tersendiri berdasarkan pengalamannya untuk mengatasi masalah 'kegilaan' gajet di kalangan anak-anak.


Katanya, petua tersebut dengan cuba melakukan aktiviti bercucuk tanam dan membanyakkan berjalan kaki di persekitaran kediaman.


Menurut beliau lagi, ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, waktu itu adalah tempoh yang paling mencabar untuk mengatasi masalah tersebut kerana semua orang hanya duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana.


"Ketika itulah saya memulakan usaha bercucuk tanam dengan menanam pokok cabai bersama anak-anak dan dalam tempoh dua bulan, ia berjaya mengeluarkan hasilnya.


"Saya juga membanyakkan aktiviti berjalan kaki di mana ia terbukti boleh mengurangkan keinginan terhadap gajet, selain ia baik untuk kesihatan tubuh badan.


"Yang penting, sebagai ibu bapa ialah kekuatan kita mengawal 'kegilaan' terhadap anak-anak kepada media sosial dan gajet elektronik.


"Bukanlah bermakna mereka dihalang terus daripada menggunakannya, tetapi perlu ada had atau tempoh tertentu dalam penggunaannya," kata beliau ketika menjawab soalan dalam Program Wanita Question Time di Pulai, Johor, petang semalam.


Program Wanita Question Time (WQT) siri ke 4 diadakan khas untuk wanita Johor bagi memberi peluang mereka berkongsi ilmu serta pengalam bersama figura wanita-wanita hebat Malaysia.


Program WQT sebelum ini telah diadakan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah yang mengandingkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Nurul Izzah Anwar.


Dalam program kali ini, Nurul Izzah tampil bersama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustaffa.


Selain itu, Nurul Izzah juga mengingatkan tentang kesan buruk daripada penggunaan gajet yang berlebihan seperti meningkatnya kes bunuh diri kerana terpengaruh dengan kandungan-kandungan tidak sihat yang boleh diperolehi melalui peralatan tersebut.


"Di waktu yang sama, penggunaan gajet yang berlebihan juga boleh mendatangkan pelbagai kesan tidak baik kepada kesihatan," tambahnya.


Di samping menjawab pertanyaan mengenai isu 'kegilaan' gajet, Nurul turut ditanya mengenai pelbagai topik lain seperti ketegasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di rumah, pengalaman menarik dengan wanita Johor dan pelbagai lagi berkaitan kerjaya serta kepimpinan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page