top of page

Nurul Izzah komited bantu 146 pelajar cemerlang Sabah teruskan pengajian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 1 min read
Nurul Izzah bertemu pelajar cemerlang dikenali sebagai Anna di rumah keluarganya di Lahad Datu
Nurul Izzah bertemu pelajar cemerlang dikenali sebagai Anna di rumah keluarganya di Lahad Datu

Oleh: Azuan Ab Rahman


Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bertekad memperjuangkan peluang pendidikan buat 146 pelajar cemerlang di Sabah yang majoritinya daripada keluarga B40.


Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan pelajar terbabit diberikan ruang terbaik untuk menyambung pengajian, termasuk pertimbangan biasiswa jika memenuhi syarat kelayakan serta dasar sedia ada.


"Antaranya Anna, seorang gadis cekal yang sempat saya ketemui di Lahad Datu dalam selang masa kelapangan sepanjang jelajah di Sabah.


"Walaupun berasal daripada keluarga susah di sebuah pekan kecil, Anna tidak pernah berhenti mengejar pendidikan. Baginya, hanya ilmu mampu membuka pintu kejayaan," kata Nurul Izzah menerusi perkongsian di Facebook.


Menurut Nurul Izzah, kisah Anna adalah cerminan semangat gigih anak muda Sabah yang percaya pendidikan mampu mengubah nasib diri dan keluarga.


Anna memperoleh 4.0 CGPA dalam peperiksaan STPM walaupun diuji dengan kehilangan ayah sebelum peperiksaan. Walaupun layak menyambung pengajian dalam bidang perubatan atau kejuruteraan, Anna memilih untuk menjadi guru untuk mendidik generasi muda di Sabah.


"Pada pertemuan itu saya titipkan sedikit sumbangan, agar langkah Anna menuju impiannya tidak terhenti, dan dapat terus menyambung pengajian demi masa depannya.


"Usaha membantu anak-anak cemerlang ini adalah makna sebenar Hari Malaysia – bukan sekadar mengenang MA63, tetapi mengikat persaudaraan serta membina harapan sebuah negara," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page