top of page

Nurul Izzah gesa kerajaan perkukuh perlindungan digital kanak-kanak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Timbalan Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar (gambar) menggesa kerajaan mengambil langkah lebih tegas dan menyeluruh bagi melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian.


Menurut beliau, lonjakan kes jenayah seksual dan pornografi kanak-kanak – masing-masing meningkat sebanyak 26.4% dan 139.9% pada tahun 2023 – adalah isyarat jelas bahawa sistem sedia ada belum mencukupi.


"Pelaku jenayah semakin licik, menggunakan teknologi untuk bersembunyi. Malangnya, tindakan pihak berkuasa sering hadir terlalu lambat.


"Kita perlukan mekanisme pemantauan yang telus, pantas dan terbuka kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu beliau menggesa Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merangka sistem pemantauan keberkesanan perlindungan digital, manakala Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan PDRM pula diminta membentang laporan terbuka mengenai kes semasa dan rekod lampau.


Beliau juga mencadangkan taklimat Parlimen dibuat bagi menilai keberkesanan Unit Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak (D11), serta menyeru agar akses kepada Daftar Pesalah Seksual Kanak-Kanak dipermudahkan demi keselamatan awam.


"Akses kepada Daftar Pesalah Seksual Kanak-Kanak perlu dipermudahkan, bukan untuk mengaibkan, tetapi demi keselamatan umum.


"Sebagai langkah langsung di peringkat rakyat, KEADILAN akan melancarkan kempen akar umbi berskala besar memberi fokus terhadap kesedaran dan pencegahan eksploitasi seksual kanak-kanak," tambahnya sambil menyarankan Kementerian Pendidikan memperkukuh kurikulum dengan elemen keselamatan siber, supaya pelajar lebih bersedia menghadapi ancaman dalam talian.


Menurut Nurul Izzah, antara inisiatif yang dirancang pihaknya termasuk mewujudkan pasukan sokongan komuniti yang menawarkan aktiviti selamat dan kaunseling mesra kanak-kanak.


Selain itu pihaknya akan berusaha mewujudkan kaunter kesedaran di ruang awam, melibatkan tokoh tempatan bagi menyampaikan mesej secara lebih berkesan.


Kerjasama erat bersama NGO, pusat komuniti dan institusi pendidikan bakal diperkukuh bagi membendung jenayah itu serta sesi advokasi dan pemantauan berterusan dengan penglibatan langsung pemimpin masyarakat dan pejabat penyelaras daerah bakal digerakkan.


"Ini bukan sekadar isu penguatkuasaan, tetapi soal tanggungjawab bersama. KEADILAN komited memastikan kanak-kanak Malaysia dilindungi sepenuhnya daripada pemangsa siber," kata beliau lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page