top of page

Nurul Izzah gesa beri tekanan kepada negara bantu kewangan Israel



Usaha menyokong Palestin perlu diterjemahkan dengan mempertahankan naratif terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel, kata anak kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar.


Naib Presiden KEADILAN itu berkata, Malaysia perlu mengecam negara yang membantu kepada kewangan Israel.


"Kita perlu pastikan bukan sahaja solidariti kita tetapi juga naratif jangan mudah tertipu. Saya nampak usaha berterusan untuk memutar belit perkara ini. Kita perlu konsisten mengecam tindakan keganasan Israel.


"Kita di Malaysia tidak cukup dengan solidariti yang ditunjukkan di bawah Ops Ihsan bila lagi nak bersama dengan Palestin sudah terang lagi bersuluh, kita ada pilihan," katanya dipetik.


Nurul Izzah berkata begitu pada ucapan di Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan semalam.


Himpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin itu sebagai menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis.


Demonstrasi lebih 1,000 peserta itu dimulakan dengan perarakan sejauh lebih lima kilometer dari Menara TH di Jalan Tun Razak hingga ke Padang Merbok.


Sementara itu tambah Nurul Izzah, Malaysia perlu mendesak supaya Palestin dijadikan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya dapat bersuara terhadap kekejaman Israel dan negara-negara yang menyokong rejim itu.


"Kita desak semua negara berdaulat memastikan mereka tidak mendukung bukan sahaja isu keganasan Israel tetapi dari segi sebarang bentuk bantuan ekonomi. Negara kita berpaksikan moral, kita sokong negara yang ada prinsip moral


"Kita tidak boleh berganjak sebab perjuangan ini lama bukan setakat hari ini sahaja," katanya.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page