top of page

Nurul Izzah gariskan isu utama untuk dijawab dalam PRN



Oleh: Noraini Nordin


Tiga isu utama perlu ditangani Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata isu isu berkenaan perlu dijawab lebih-lebih lagi di Pulau Pinang yang mana sentimen anti DAP dimainkan ke tahap yang melampau oleh pembangkang.


Menurut beliau, isu pertama menyentuh ketakutan masyarakat Melayu kononnya kedudukan Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan dan hal itu perlu diterangkan kepada pengundi agar tidak wujud kerisauan untuk menyokong Kerajaan.


"Disebabkan daripada Istana, kabinet dan kakitangan kerajaan, di mana hampir semuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam, ini sepatutnya kita dapat nyahkan sebagai cubaan mereka yang sia-sia," katanya ketika berucap dalam Program Jelajah Madani di Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Selain itu, kata Nurul Izzah, Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan Melayu dan Islam di negara ini.


Isu kedua, tegasnya mengenai hebahan tentang apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan untuk menjaga kebajikan dan ekonomi rakyat.


"Ini termasuk lori-lori Rahmah yang disediakan untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat bagi tujuan memastikan kestabilan negara," katanya.


Manakala isu ketiga, menurut beliau berkenaan PN yang umpama 'tong kosong' tanpa isi kerana suka memainkan isu remeh temeh seperti sentimen kaum dan agama untuk meraih undi.


"Mereka sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk mendepani pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi pimpinan mereka di mahkamah, (bukannya mengelirukan pengundi)," katanya lagi.


Pada waktu sama, Nurul Izzah turut memberi jaminan beliau akan berkempen habis-habisan bagi memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan, khususnya di Pulau Pinang dalam PRN akan datang ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page