top of page

Nurul Izzah dipilih kerana kelayakan, kemampuan - Fakhrulrazi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 11
  • 1 min read
 Ustaz Mohd Fakhrulrazi ditemuramah oleh portal Lira News Channel dari Indonesia
 Ustaz Mohd Fakhrulrazi ditemuramah oleh portal Lira News Channel dari Indonesia

Oleh: Akmal Manaf


Polemik berhubung kedudukan Nurul Izzah Anwar dalam struktur kepimpinan parti tidak wajar terus dipersoalkan, memandangkan beliau bukan sewenang-wenangnya dilantik, sebaliknya dipilih secara sah oleh perwakilan menerusi proses demokrasi dalaman parti.


Bagi mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, puteri reformasi itu sememangnya mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden KEADILAN.


"Dari segi kelayakan dan kemampuan, beliau (Nurul Izzah) memang ada semua itu. Bukan sebab beliau anak kepada Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri (PM) yang juga presiden parti.


"Perwakilan yang telah mengangkat beliau (sehingga ke jawatan itu) sekali gus menjadi wakil kepada presiden, pasti ada sebab-sebab tersendiri," katanya dalam rancangan bual bicara yang disiarkan secara atas talian di platform Youtube menerusi Lira News Channel.


Beliau menjadi tetamu dalam rancangan terbitan dari negara Indonesia itu yang diberi tajuk 'Putri Anwar Ibrahim terpilih menjadi wakil Ketua PKR: Politik dinasti menjangkiti Malaysia?'


Mengulas lanjut, beliau yang juga mantan Setiausaha Biro Antarabangsa KEADILAN berkata, keputusannya menyokong Nurul Izzah bukan semata-mata berasaskan kelayakan individu.


Katanya, sokongan yang diberikan adalah berpaksikan kepada kepentingan yang lebih besar iaitu kestabilan terhadap parti dan juga negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page