Nurul Izzah dilantik sebagai anggota PAC baharu


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.


Beliau kembali berkhidmat dalam jawatankuasa tersebut selepas dilantik pada 2018, sebelum meletak jawatan pada Mac 2019 kerana kurang bersetuju dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.


Pelantikan anggota baharu PAC itu dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.


Ia bagi melengkapkan senarai semua anggota PAC selepas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dilantik sebagai Pengerusi PAC manakala Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun bertindak sebagai Naib Pengerusi PAC yang dipilih oleh Dewan Rakyat pada hari Khamis, 27 Ogos 2020.


Berikut merupakan senarai anggota PAC:


PN

Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh

Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman


PH Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lumut, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi

Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio