top of page

Nurul Izzah dilantik jadi pengerusi badan penyelidik SERI



Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Social and Economic Research initiative (SERI), sebuah badan penyelidik yang menumpukan kepada isu kesaksamaan ekonomi dan sosial dalam masyarakat.


"Kami berbesar hati mengalu-alukan Nurul Izzah menyertai pasukan SERI sempena perubahan baharu organisasi dan kami menantikan impak positif yang mampu diberikan oleh beliau.


"Kami yakin bahawa pandangan dan kepimpinan beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN akan banyak menyumbang kepada usaha kami dalam mempromosikan masyarakat yang lebih saksama," kata badan tersebut dalam kenyataan media hari ini.


Menurut SERI, Nurul Izzah mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam pengukuhan pembangunan sosial yang boleh mengukuhkan komitmen badan penyelidik itu untuk terus menumpukan isusosial dan ketidakadilan jurang kesenjangan ekonomi.


"Beliau merupakan penjawat awam, aktivis politik dan penggubal undang-undang yang terkenal dan telah menggalakkan kesaksamaan ekonomi dan sosial secara berterusan untuk semua rakyat Malaysia," katanya.


Nurul Izzah juga, kata badan itu, telah memperkenalkan inisiatif seperti laporan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Malaysia yang menumpukan kepada mengukur kesejahteraan sosial-ekonomi.


"Nurul Izzah turut memperjuangkan usaha pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender sepanjang kerjayanya.


"Melancarkan projek seperti Projek Wanita Permatang Pauh dan kerjasama dengan program Menghapuskan Halangan untuk Pemeriksaan Serviks (ROSE) untuk memperkasakan wanita Malaysia dan meningkatkan akses mereka kepada penjagaan kesihatan.


"Semangat dan rekod prestasinya dalam menangani isu keadilan sosial sejajar dengan misi SERI," ujar kenyataan itu lagi.


Nurul Izzah akan bekerjasama rapat dengan pasukan SERI dan beberapa ahli lembaga pengarah baharu terdiri daripada Dr Jasmine Begum, Chong Kai Wooi and Prof Sanjeev Krishna.


SERI diterajui oleh Rashaad Ali sebagai Pengarah Urusan manakala Dr Helmy Haja Mydin dan Dr Yolanda Augustin masing-masing Penasihat Kanan Strategi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page