top of page

Nurul Izzah calon timbalan presiden beri nafas baharu kepada anak muda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 1 min read


Nurul Izzah Anwar merupakan nama besar dalam perjuangan reformasi sejak 1998 dan amat wajar untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden KEADILAN pada Pemilihan 2025.


Bagi Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Ahmad Danish Hairudin (gambar), pemimpin yang pernah dijadikan ikon 'Puteri Reformasi' itu juga akan memberi nafas baharu kepada generasi muda sekiranya diberi mandat berada pada kedudukan nombor dua parti.


"Sebagai Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN dan juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, saya tampil dengan penuh semangat dan iltizam menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan parti.


"Saudari Nurul Izzah bukan sekadar figura reformis, beliau adalah simbol keberanian, kecekalan dan keteguhan prinsip. Beliau lahir daripada denyut nadi perjuangan rakyat dan telah membuktikan iltizamnya dalam memperjuangkan agenda reformasi secara konsisten," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, Nurul Izzah telah melalui pelbagai liku perjuangan dan mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan parti politik serta sebagai Ahli Parlimen.


"Beliau berpengalaman sebagai Ahli Parlimen, Naib Presiden KEADILAN, mahupun aktivis rakyat. Komitmen beliau terhadap pendidikan, keadilan sosial, dan integriti dalam tadbir urus menjadikan beliau sosok paling layak untuk memacu kesinambungan kepimpinan parti ke era yang lebih dinamik.


"Sebagai wakil anak muda dalam saf kepimpinan parti, saya percaya pencalonan beliau membawa nafas baharu buat generasi muda yang mendambakan kepimpinan yang segar, berprinsip dan inklusif," katanya lagi.


Tambah Danish, kehadiran Nurul Izzah di peringkat tertinggi parti akan memperkukuh idealisme perjuangan, menyatukan kekuatan akar umbi, dan memperkasa KEADILAN sebagai parti masa depan yang terus relevan dalam landskap politik negara.


Beliau berharap pencalonan Nurul Izzah akan menjadi kenyataan dalam menyatukan kekuatan dan terus mara demi masa depan yang lebih adil dan sejahtera.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page