top of page

Nurul Izzah bukan sekadar tokoh, tetapi simbol perjuangan reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22
  • 2 min read


Nurul Izzah Anwar bukan sekadar tokoh politik, sebaliknya sebagai simbol perjuangan reformasi yang telah melalui pelbagai fasa sejak penubuhan gerakan itu lebih dua dekad lalu.


Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata KEADILAN kini memerlukan kepimpinan yang telah diuji dengan realiti perjuangan dan Nurul Izzah memiliki segala ciri yang diperlukan untuk berada di jawatan Timbalan Presiden.


"Nurul Izzah adalah lambang awal gerakan reformasi yang sarat luka dan air mata. Ketika ramai seusianya masih mencari arah, beliau berada di barisan hadapan, memikul beban perjuangan politik yang tidak diminta," katanya dipetik dalam satu program di Seremban.


Beliau yang juga Pengerusi Biro Politik Antarabangsa KEADILAN sementara itu menyifatkan kemunculan Nurul Izzah dalam politik bukan atas dasar kehendak peribadi, sebaliknya kerana amanah sejarah dan warisan idealisme reformasi yang menuntut keberanian serta pengorbanan daripadanya.


Mengimbas kembali era kebangkitan Reformasi pada 1998, beliau berkata insiden kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi titik tolak kepada penglibatan Nurul Izzah dalam gerakan rakyat ketika itu.


"Dari pentas GERAK pada tahun 1998, ke kerusi Parlimen Lembah Pantai dan seterusnya ke pentas antarabangsa, Nurul Izzah tidak pernah lari daripada tanggungjawab.


"Pengalaman beliau bukan sahaja panjang, malah penuh dengan cabaran dan ujian. Diserang kerana nama, diuji kerana prinsip, namun tetap teguh berdiri dengan keyakinan dan keberanian," ujarnya.


Tambah beliau, Nurul Izzah merupakan contoh pemimpin wanita yang konsisten dengan pendirian dan memiliki daya tahan luar biasa dalam dunia politik yang mencabar.


"Ketika KEADILAN memerlukan kekuatan jiwa dan kesetiaan terhadap prinsip perjuangan, Nurul Izzah telah membuktikan bahawa beliau memiliki kedua-duanya," katanya lagi.


Sehubungan itu, Shamsul menegaskan bahawa kini adalah waktu yang tepat untuk Nurul Izzah melangkah lebih jauh dalam karier politiknya dan menyumbang dalam kapasiti lebih besar dalam kepimpinan parti.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page