top of page

Nurul Izzah bukan lagi penasihat ekonomi, kewangan PM



Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar hari ini memaklumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Malaysia.


Beliau berudur daripada kedudukan itu selepas ditawarkan peranan hampir sama oleh Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara.


"Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.


"Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Nurul, beliau menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.


Dalam kenyataan berasingan, Hassan berkata dia menyampaikan undangan kepada Nurul Izzah, bersama pengurus kanan Petronas Khairil Anuar Ramli.


Jawatankuasa penasihat itu melapor terus kepada Menteri Kewangan dan akan bermesyuarat sekerap mungkin bergantung kepada keperluan.


Jawatankuasa itu pada mesyuarat pertamanya Jumaat lalu menggariskan peranan utamanya yang antara lain untuk menasihati Menteri Kewangan mengenai cara dan kaedah untuk meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan perbelanjaan mengurus.


Selain Nurul, yang menganggotai jawatankuasa itu adalah Pengerusi Sarawak Energy Bhd, Amar Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd, Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Rajah Rasiah dan Universiti Sunway, Yeah Kim Leng.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page