top of page

Nurul Izzah bidas budaya politik samseng selepas Ketua AMK Pulau Pinang diserang



Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar membidas budaya samseng sesetengah pihak yang bertindak menyerang kereta Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol baru-baru ini.


Beliau berkata, KEADILAN tidak boleh menerima amalan dan budaya politik yang menggunakan kekerasan hanya kerana tidak sependapat dalam sesuatu isu.


"Kita menolak sekeras-kerasnya serangan berbudayakan politik samseng atau gangsterisme sebegini. Semoga Allah melindungi saudara Fahmi Zainol sekeluarga," katanya ringkas di akaun rasminya di Facebook.


Fahmi Zainol membuat laporan polis selepas mendapati tingkap hadapan keretanya dipecahkan dengan bata di hadapan rumahnya di Seberang Jaya.


Beliau enggan menuding jari, namun mengesyaki ia ada kena-mengena dengan kenyataannya terhadap ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang kini menyokong Perikatan Nasional (PN).


Fahmi menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow supaya menggubal undang-undang anti-lompat parti bagi memastikan mana-mana ADUN yang mengalihkan sokongan mereka perlu mengosongkan kerusi mereka serta-merta.


Dalam pada itu, pemangku pengerusi Majlis Penasihat Negeri KEADILAN Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata menggesa pihak berkuasa supaya menghukum tindakan bacul yang merosakkan kereta Fahmi.


“PKR Pulau Pinang mengecam perbuatan khianat ini sekeras-kerasnya dan menggesa supaya kejadian seumpama ini tidak diulangi oleh mana-mana individu atau kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page