top of page

Nurul Izzah berjaya kumpul lebih RM1 juta dana bantu Turkiye



Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkongsikan rasa terharunya atas keprihatinan rakyat negara ini yang tidak mengira bangsa dan agama dalam membantu rakyat Turkiye yang ditimpa musibah.


Melalui hantaran di laman Facebooknya, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memaklumkan tabung Bantuan Kemanusiaan Turkiye yang anjurkannya baru-baru ini berjaya melepasi sasaran kurang 40 minit selepas dilancarkan.


"Tidak sampai 40 minit pun, saya dikejutkan dengan satu panggilan.


"Ada seorang hamba Allah memaklumkan bahawa beliau ingin menderma sejumlah RM1,000,000 demi membantu ahli keluarga dan mangsa gempa bumi di Turkiye," katanya.


Nurul Izzah mendedahkan individu tersebut ialah pengasas kedai jimat Eco-Shop yang bersimpati dengan bencana menimpa negara itu.


"Insan yang menyumbang merupakan Datuk Lee, pengasas Eco-Shop. Beliau juga memberitahu saya bahawa dia akan mengajak rakannya, Datuk Derrick Hooi untuk menderma.


"Saya segera membuat panggilan kepada duta Turkiye di Malaysia, HE Emir Salim Yüksel dan memaklumkan beliau tentang solidariti Malaysia menerusi sumbangan ini," jelasnya.


Nurul Izzah turut berkongsikan gambar penyerahan sumbangan itu di Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur.


"Tiada kata yang beliau (duta) boleh lafazkan selain berasa sangat terharu dan bersyukur kerana Malaysia, sebagai salah satu sekutu terdekat Turkiye sudi membantu dalam masa yang amat memerlukan," tambahnya.

Setakat semalam, angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Feb lalu meningkat kepada 43,556 nyawa.


Malaysia menjadi antara negara terawal menghantar bantuan bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan negara itu atas arahan Perdana Menteri.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page