top of page

Nurul Izzah antara tiga tokoh dilantik penasihat SIDEC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) dilantik sebagai Penasihat Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Selangor (SIDEC), sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memacu transformasi digital dan memajukan ekonomi digital di Selangor.


SIDEC dalam kenyataan berkata, pelantikan Nurul Izzah yang dilakukan sempena ulang tahun ke-10 syarikat itu dibuat berdasarkan kapasiti beliau sebagai Pengerusi Eksekutif Polity iaitu sebuah badan pemikir baharu.


Dua lagi penasihat yang dilantik ialah bekas Naib Presiden NVIDIA Corp dan Foxconn, Datuk Lai Yit Loong serta Pengarah Foxconn, Dr Chiang Shang-Yi.


"Pelantikan beliau (Nurul Izzah) adalah sebagai penasihat dan memberikan fokus kepada sokongan pembangunan bakat, pengambilan pekerja industri dan memperkukuh komunikasi strategik antara kerajaan negeri, agensi Persekutuan dan ekosistem digital," kata SIDEC dalam kenyataan.


Pelantikan itu bertujuan membawa wawasan bernilai dalam dasar awam, pembangunan sosioekonomi dan pemerkasaan digital, demikian menurut kenyataan itu.


Menurut SIDEC pelantikan itu, menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab inovasi serantau dan mempercepat kemajuan ekosistem semikonduktor negara.


SIDEC ialah anak syarikat milik penuh Invest Selangor Berhad yang ditubuhkan bagi memacu transformasi digital negeri menerusi tiga teras utama, iaitu e-dagang, pembangunan syarikat pemula, serta bandar pintar dan digitalisasi.


Dalam pada itu, SIDEC menjelaskan bahawa Nurul Izzah tidak memegang sebarang jawatan rasmi atau politik dalam syarikat tersebut atau Kerajaan Negeri.


Jelasnya dakwaan yang menyatakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memegang jawatan politik atau eksekutif dalam SIDEC adalah tidak tepat.


"(Terdapat artikel) juga keliru dengan jawatan semasa beliau sebagai Pengerusi Eksekutif Polity (sebuah badan pemikir) dengan peranan organisasi dalam SIDEC. Kedua-duanya adalah entiti yang berbeza," jelasnya.


Terdahulu Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata, SIDEC kini merupakan antara pemacu utama ekonomi digital negeri dengan lebih 200 syarikat pemula telah menerima manfaat menerusi Selangor Accelerator Programme.


Beliau berkata pencapaian terbesar SIDEC antaranya adalah pembangunan Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Pertama Malaysia di Selangor yang kini menempatkan lebih 12 'anchor tenants' dan disokong lebih 400 jurutera tempatan serta syarikat teknologi gergasi dunia seperti ARM dan Siemens EDA.


"Kejayaan itu hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, sektor industri, penjawat awam yang berdedikasi serta rakyat Selangor yang sentiasa progresif dan berdaya saing," katanya.


Pada 2024, Selangor mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara dengan sumbangan sebanyak 26.2 peratus nilai ekonomi mencecah RM432.1 bilion dan kadar pertumbuhan tahunan 6.3 peratus.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page