top of page

NUJ terus maju perjuangkan hak wartawan - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 13, 2024
  • 1 min read

ree

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang menyambut ulang tahun ke-62 tahun ini diharapkan terus berdaya maju membela nasib wartawan tanah air.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata demikian usai meraikan majlis ulang tahun NUJ malam tadi bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


"Semoga NUJ terus maju, berkembang, dan menjadi wadah yang kukuh dalam memperjuangkan hak serta kepentingan wartawan.


"Pada masa sama, terus berperanan penting dalam membentuk landskap media yang lebih adil, bebas, dan beretika," katanya.


Untuk rekod NUJ telah ditubuhkan pada 30 Ogos 1962. Hari ini NUJ mewakili lebih 1,400 wartawan media di Malaysia.


Keahlian NUJ terdiri daripada wartawan di syarikat komersial, televisyen, radio, pertubuhan filem, kerajaan luar negara di Semenanjung Malaysia.


NUJ mempunyai 8 cawangan di Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times, The Sun, STAR Publications, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Kwong Wah Yit Poh.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page