top of page

NRES tunggu laporan lengkap tanah runtuh Cameron Highlands



Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kementeriannya memberi perhatian serius berhubung kejadian itu dan tidak mahu perkara tersebut berulang pada masa hadapan.


"Tentang insiden terbaharu di Cameron Highlands, kementerian (NRES) sedang menunggu laporan lengkap, kita perlu mendapat gambaran sebenar kejadian tersebut sebelum mengambil tindakan seterusnya.


"Kementerian bersama pihak lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri juga sedang kumpul maklumat tersebut dan akan memaklumkan tindakan segera yang perlu diambil," katanya dipetik.


Dalam kejadian di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands awal pagi Jumaat lalu, lima termasuk seorang wanita yang merupakan pekerja ladang sayur maut tertimbus selepas rumah yang mereka huni mangsa terlibat dalam insiden berkenaan.


Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman berkata kebun sayur seluas kira-kira 4.31 hektar itu diusahakan secara haram sejak lebih setahun lepas, malah pernah disita Jabatan Perhutanan pada April lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page