top of page

NRES tingkat kawalan, bendung kemasukan sisa haram ke Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak berkompromi terhadap sebarang percubaan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelupusan sisa oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa pihaknya akan terus mengetatkan kawalan di pelabuhan negara, terutama Pelabuhan Klang, bagi membendung kemasukan sisa haram, termasuk e-sisa dan sisa plastik.


Tindakan itu akan dilakukan pihaknya menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)


"Kementerian tidak akan berkompromi terhadap usaha menjadikan negara ini sebagai destinasi pelupusan sisa.


"Semua pengimport wajib mematuhi undang-undang. Pelanggaran akan dikenakan tindakan paling tegas," katanya dipetik selepas memantau pemeriksaan kontena di Pelabuhan Utara, Isnin.


Mengulas lanjut Nik Nazmi memaklumkan sebanyak 354 kontena ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor sejak 14 Mac lalu kerana disyaki mengandungi e-sisa dan sisa plastik.


Sebanyak 179 kontena telah diperiksa dan 122 kontena (68%) disahkan mengandungi e-sisa.


"Pemeriksaan dilakukan susulan maklumat yang diterima daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat mengenai kemasukan kontena dari negara berkenaan," katanya lagi.


Tambah Nik Nazmi, siasatan mendapati pengimport terlibat membuat pengisytiharan palsu dan sebanyak 119 notis arahan pemulangan kontena telah dikeluarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page