top of page

NRES seru syarikat besar beralih guna tenaga solar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 23
  • 1 min read


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) menyeru syarikat-syarikat besar menyokong usaha negara mencapai 70 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, syarikat-syarikat terbabit boleh memulakan amalan kelestarian alam sekitar menerusi peningkatan penggunaan tenaga solar.


"Kita ingin menggalakkan lebih banyak pihak korporat sama ada multinasional, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya turut serta dalam inisiatif kelestarian seperti ini.


"Kita selalu memberi fokus kepada tindakan individu seperti diri kita, keluarga, anak-anak dan sebagainya. Itu memang penting tetapi sebenarnya ada dua pemain besar dalam agenda kelestarian iaitu individu dan syarikat besar," katanya dipetik.


Nik Nazmi sebelumnya mengadakan tinjauan pemasangan 2,668 panel solar di IKEA Damansara pada Selasa.


Mengulas mengenai usaha itu beliau berkata, ia bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon sehingga 1,330 tan metrik setahun tetapi turut menjimatkan kos operasi sebanyak RM1 juta setahun.


Sementara itu Nik Nazmi turut menegaskan, dasar kerajaan seperti penyasaran semula subsidi sepatutnya dimanfaatkan oleh syarikat besar untuk beralih kepada tenaga bersih.


"Bagi menyokong usaha ini, kerajaan turut menyediakan pelbagai insentif termasuk pengecualian dan potongan cukai bagi pelaburan dalam tenaga hijau seperti sistem solar, pengurusan kompos dan penggunaan kenderaan elektrik," tambahnya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page