top of page

NRES pilih waktu sesuai jalankan Operasi Pembenihan Awan - Menteri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 17, 2024
  • 1 min read

ree

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan memberi panduan waktu yang sesuai untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) berikutan cuaca panas yang sedang melanda di negara ini.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu bagi memastikan pelaksanaannya berkesan memandangkan kos operasi pembenihan awan adalah tinggi.

"Kita dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bekerjasama bila masa yang sesuai maka kita akan buat.


"Untuk buat pembenihan awan ini ada beberapa faktor yang sesuailah (diambil kira). Dia ada beberapa variable yang ada dan perlu sesuai (keadaan) sebelum sebarang operasi pembenihan awan dibuat,

"Kita di pihak MetMalaysia akan bagi panduan bila masa sesuai sebab kos pun tidak murah jadi bila buat kita nak betul-betul berhasil dan berkesan," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata begitu kepada pemberita ketika ditemui Perasmian Jubli Intan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan Ke-70 di Cheras pada Sabtu.


Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya memantau rapat negeri-negeri yang mengalami cuaca panas termasuk Sabah dan Perlis.


Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia, selain Sabah.


MetMalaysia memaklumkan antara kawasan terlibat adalah Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah, Hulu Perak di Perak serta negeri Perlis.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page