NRES komited perkukuh pemuliharaan ekosistem tanah lembap
- Suara Keadilan

- Feb 3
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menegaskan komitmen berterusan terhadap usaha pemuliharaan dan penggunaan bijak ekosistem tanah lembap.
Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, ekosistem tanah lembap menawarkan nilai pemuliharaan yang tinggi merangkumi manfaat ekonomi daripada sumber alam dan pelancongan, serta fungsi ekosistem yang penting seperti tebatan banjir, tadahan air, perlindungan pesisir pantai dan simpanan karbon.
"Malaysia bertuah kerana mempunyai kekayaan ekosistem tanah lembap yang meliputi keluasan lebih 5.19 juta hektar.
"NRES selaku national focal point Konvensyen Ramsar di Malaysia sentiasa komited dan menyokong usaha-usaha Kerajaan-kerajaan Negeri memulihara ekosistem tanah lembap.
"Komitmen ini selaras dengan matlamat dan sasaran Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030," katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2026.
Sambutan yang diraikan semalam bertemakan ‘Tanah Lembap dan Ilmu Tradisi: Meraikan Warisan Budaya’ atau Wetlands and Traditional Knowledge: Celebrating Culture Heritage dengan menekankan hubungan rapat antara ekosistem tanah lembap dengan budaya, tradisi serta sistem pengetahuan komuniti tempatan.
Sehingga kini terdapat sebanyak 2,546 tapak tanah lembap berkepentingan antarabangsa diiktiraf di seluruh dunia sehingga tahun 2025.
Malaysia mempunyai tujuh tapak Ramsar yang diiktiraf, termasuk Tasek Bera (Pahang), Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai (Johor), Kuching Wetlands National Park (Sarawak) serta Lower Kinabatangan–Segama Wetlands dan Kota Kinabalu Wetlands (Sabah).




Menurut NRES, usaha pemuliharaan ini selaras dengan komitmen negara terhadap perjanjian antarabangsa seperti Geometry Dash Lite Ramsar Convention on Wetlands yang menekankan kepentingan melindungi dan mengurus kawasan tanah lembap secara mampan.