top of page

NRES komited pelihara, pulihara kawasan berhutan negara



Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM70.1 juta dari tempoh 2007 sehingga kini bagi menanam hampir 8 juta pokok bakau di hutan paya laut seluruh negara


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peruntukkan di bawah Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara itu turut merangkumi aktiviti penyelenggaraan pokok, penyelidikan, pembangunan, pemantauan serta kesedaran awam.


"Program ini memberi fokus pada aktiviti penanaman pokok di kawasan pesisir pantai negara dan hutan paya laut yang berisiko berlakunya bencana alam dan terdedah kepada hakisan.


"Sehingga kini, seluas 3,461.64 hektar kawasan pesisir pantai di seluruh negara telah ditanam dengan sejumlah 7.95 juta pokok di bawah program ini," katanya dipetik.


Teks ucapan tersebut dibacakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.


Nik Nazmi pada ucapannya juga berkata, Malaysia terus komited dalam memelihara dan memulihara kawasan berhutan yang masih terdapat di seluruh negara serta beriltizam mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.


Agenda itu jelasnya selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992.


"Pada masa ini, keluasan kawasan berhutan negara ialah 18 juta hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara dan Sarawak menyumbang 7.67 juta hektar atau 42.51 peratus daripada keluasan kawasan berhutan negara," jelas beliau.


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sehingga 15 Julai tahun ini, Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah merekodkan penanaman sebanyak 91.16 juta pokok merangkumi 1,849 spesies di seluruh negara.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page