top of page

NRES integrasi AI, data raya perkukuh pengurusan risiko bencana

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
7 hours ago
1 min read
Timbalan Menteri NRES, Syed Ibrahim Syed Noh. Kredit foto: Utusan
Timbalan Menteri NRES, Syed Ibrahim Syed Noh. Kredit foto: Utusan

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terus memperkukuh pemetaan risiko bencana negara menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan analitik data raya.


Timbalan Menterinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata pemetaan bahaya dan risiko cerun oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) kini meliputi hampir 3,000 kilometer persegi termasuk kawasan tanah tinggi dan Kundasang, Sabah.


Selain itu, 34 sistem amaran awal (EWS) dilengkapi peralatan pemantauan, siren dan lampu amaran juga siap dipasang di lokasi cerun berisiko tinggi bagi meningkatkan kesiapsiagaan penduduk.


"Bagi memperkukuh ketepatan pemetaan, JMG menggunakan teknologi GIS (Sistem Maklumat Geografi), penderiaan jauh, Interferometric Synthetic Aperture Radar (InSAR) dan Light Detection and Ranging (LiDAR).


"Maklumat yang diperoleh diuruskan melalui platform geospatial sedia ada, iaitu Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) dan National Terrain and Slope Information System (NaSIS) bagi menyokong perkongsian maklumat serta penilaian risiko bencana yang lebih baik," katanya dipetik di Dewan Rakyat semalam.


Syed Ibrahim berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kudat mengenai langkah kerajaan memperkukuh pemetaan risiko bencana.


Sementara itu jelasnya, JMG turut membangunkan sistem analitik data raya GeoSlide yang menggunakan data hujan dan geologi untuk meningkatkan keberkesanan penilaian risiko tanah runtuh.


"Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pula bakal memperkukuh pemantauan dan ramalan cuaca ekstrem, gempa bumi serta tsunami menerusi rangkaian radar cuaca, satelit dan stesen pencerapan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page