top of page

NRECC sasar bentang RUU kecekapan, konsevasi tenaga tahun ini



Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konsevasi Tenaga di Dewan Rakyat pada tahun ini.


Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, cadangan akta itu antara lain akan mengukuhkan rangka kerja perundangan berkaitan kecekapan dan pemuliharaan tenaga bagi memastikan penglibatan sepenuhnya pelbagai pihak di peringkat institusi dan organisasi.


"Akta itu akan membantu bukan sahaja untuk mengawal kecekapan dan pemuliharaan tenaga tetapi juga membantu pengguna menerima pakai peralatan dan perkakas yang lebih cekap dan mengurus penggunaan tenaga mereka dengan lebih baik untuk mengurangkan pembaziran," katanya.


Nik Nazmi sebelumnya menyampaikan ucapan pada Seminar Kepimpinan Kelestarian 2023 di Putrajaya pada Khamis.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa pada Mac memaklumkan RUU berkenaan sedang dalam peringkat kajian dan akan dimuktamadkan sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan dibentangkan kepada kabinet.


Banyak negara termasuk United Kingdom telah menerima pakai undang-undang yang menghendaki agar penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga yang dapat melakukan penurunan konsisten dalam permintaan tenaga di negara itu selama 20 tahun.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page