top of page

NRECC mahu pastikan banjir kilat di Zoo Negara tidak berulang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 25, 2023
  • 1 min read


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan meneliti langkah terbaik bagi mengelak Zoo Negara dilanda banjir kilat.


Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kementeriannya akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian pada 18 Oktober lepas bagi melihat dengan teliti langkah seterusnya yang boleh diambil.


"Kita akan dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu untuk melihat puncanya dan fikirkan cara terbaik atasi masalah berkenaan," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata begitu ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2023 dan Pelancaran DKBK 2022 – 2030 di Putrajaya pada Selasa.


Media sebelum ini melaporkan insiden banjir kilat di Zoo Negara yang menyebabkan kira-kira 50 pengunjungnya terperangkap sebelum mereka diselamatkan petugas dengan lori dan traktor.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana dilaporkan berkata, ketika kejadian air naik mendadak di kawasan itu berikutan limpahan dari Sungai Kemensah


Pihaknya kerugian lebih RM300,000 akibat bencana itu, namun semua haiwan berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar namun kemudian dapat diselamatkan.

1 Comment


Sidek suliana
Sidek suliana
Oct 26, 2023

SPRM perlu siasat salahguna kuasa dan rasuah jika ada dlm pemberian kelulusan laporan EIA ke atas projek projek pembangunan tanah tinggi di sekitar kpg kemensah..knp kelulusan EIA diberikan juga sdgkan pembangunan projek WELLTRA sblom ini dibatalkan atas titah DYMM Almarhum SULTAN Selangor utk memastikan zoo negara tdk terancam olh projek

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page