top of page

Notis makluman LPPSA: Kerajaan digesa tarik balik, kembalikan hak pesara, penjawat awam



Kerajaan BN - PN perlu campurtangan menarik balik notis makluman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sejak Ogos lalu yang memeningkan fikiran pesara kerajaaan dan penjawat awam yang masih bertugas sejak beberapa bulan lalu.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin, notis berkenaan menyebabkan berlakunya pembatalan bayaran balik (reimbursement) tuntutan fi atau bayaran berkaitan gadaian pembiayaan perumahan, peletakhakan , kaveat dan lain-lain yang berkaitan fi atau bayaran pejabat tanah oleh peminjam atau peguam.


"Saya difahamkan punca utama pembatalan pembayaran balik tuntutan fi pejabat tanah ini adalah berpunca dari kenaikan kadar bayaran pendaftaran untuk urusan pelepasan gadaian dan urusan peletakhakan statutori di Kelantan mulai 01 Januari 2019.


"Jika sedemikian, adalah tidak wajar sama sekali bebanan diletakkan kepada pesara dan penjawat awam.


"Sehingga kini, LPPSA tidak memberi penjelasan apakah punca utama yang menyebabkan Notis Makluman bertarikh 14 Ogos dikuatkuasa dan bagaimana lembaga itu mengambil masa terlalu lama membuat keputusan untuk membatalkan pembayaran balik tuntutan fi pejabat tanah sehingga Mesyuarat Lembaga LPPSA pada bulan Jun 2019," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, menurut Aizuddin, AMK Malaysia menuntut agar LPPSA mematuhi segala peruntukan undang-undang yang termaktub dibawah Akta 767 LPPSA 2015 dan Kanun Tanah Negara (Akta 828) semasa melaksanakan semua urusan pendaftaran fi di Pejabat Tanah agar kakitangan awam lebih terbela dalam urusan melibatkan pembelian hartanah.


"Kami mendesak LPPSA mengembalikan hak mutlak dan tidak menafikan tuan tanah berdaftar atau pemilik menguruskan urusan pendaftaran di Pejabat Tanah mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Akta 767 LPPSA dan Kanun Tanah Negara


"AMK juga mendesak LPPSA membatalkan terma terma perjanjian atau persetujuan dari segi tanggungan fi yang telah dicapai dan dimeterai di antara LPPSA dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri yang sehingga kini yang dianggap berat sebelah tanpa mematuhi peruntukkan undang-undang di bawah Akta 767 LPPSA dan Kanun Tanah Negara," katanya.


Selain itu, Aizuddin juga menggesa LPPSA memberi layanan yang setara dan adil kepada Pesara Kerajaan dan sebahagian Penjawat Awam yang telah menyelesaikan pinjaman perumahan tanpa sebarang masaalah


"Kerajaan juga perlu mengarahkan LPPSA untuk menyelesaikan urusan bayaran pendaftaran fi dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri mengikut peruntukkan undang-undang di bawah Akta 767 LPPSA dan Kanun Tanah Negara tanpa melibatkan tuan tanah berdaftar atau pemilik," katanya.


AMK juga mahu kerajaan menyatakan berapakah jumlah bilangan pesara kerajaan dan penjawat awam seluruh negara yang tidak mendapat kemudahan bayaran balik tuntutan fi pejabat tanah selepas penguatkuasaan Notis Makluman bertarikh 14 Ogos 2019 dari tempoh 1 Oktober 2019 sehingga kini,


Juga berapakah jumlah bilangan pesara kerajan dan penjawat awam yang mendapat kelulusan bayaran balik tuntutan sebelum 30 September 2019 tetapi memohon bayaran balik tuntutan fi selepas 1 Oktober 2019, dan pembayaran balik tersebut ditolak oleh LPPSA berikutan kelewatan memohon.


"Justeru itu, saya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri segera campurtangan dalam isu penarikan balik notis makluman bertarikh 14 Ogos 2019 daripada LPPSA ini dan kembalikan hak yang sepatutnya kepada pesara dan sebahagian penjawat awam di Malaysia, " katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page