Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Ketua Pembangkang di Parlimen menyentuh perlaksanaan New Normal. Namun katanya, dalam norma baharu politik dan pentadbiran tidak boleh menggunakan kaedah lama.
Anwar menyeru dilakukan creatif destruction. Dalam kemusnahan akibat Covid 19 itu perlu dibangunkan budaya baharu.
Bukan pemerintah yang masih dikelilingi kroni, memberi harta kepada kawan-kawan sedangkan pengangguran rakyat telah mencecah 800,000 orang.
Dalam keadaan pengangguran, rakyat mahu makan pun susah, Ahli parlimen, ADUN berikhtiar menyampaikan makanan. Namun kerajaan Perikatan Nasional gigih menambahkan posisi jawatan menteri dan pengerusi GLC. Hanya tumpu perhatian untuk mengagihkan kekayaan.
Ini percubaan untuk mengesahkan yang lama, bukan mahu membina yang baharu. Segala kepincangan seperti Tabung Haji perlu disiasat dengan telus. Jangan pertahankan kebobrokan lama.
Persidangan Parlimen juga tidak boleh dianggap melambatkan perlaksanaan pakej ransangan ekonomi. Singapura, Australia, Kanada adakan perbahasan dan tidak melengahkan perlaksanaan.
Parlimen perlu mendengar hujah daripada pelbagai pihak. Malaysia menggunakan hanya 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar untuk pakej ransangan tetapi negara-negara maju lain menggunakan peruntukan yang lebih banyak. Defisit tidak perlu diambil kira ketika keadaan menekan dan krisis ekonomi akibat Covid 19.