top of page

Noktahkan ketagihan cubaan 'tebuk atap' tanpa melalui pilihanraya



Oleh: Helmi Mohd Foad


Sudah sampai masanya Kerajaan Madani melalukan reformasi dalam sistem demokrasi berparlimen bagi menoktahkan ketagihan 'tebuk atap' demi masa depan negara dan rakyat.


Pengerusi Madani Research Centre, Dr Madhi Hassan berkata, undang-undang anti-lompat parti yang bertujuan untuk menghalang episod pengkhianatan dan tebuk atap dibuat seolah-olah tidak bermakna oleh pembangkang dengan memperdaya rakyat kononnya Akuan Berkanun (SD) Ahli ahli Parlimen masih boleh digunakan menjatuhkan Perdana Menteri.


"Sebagai seorang yang pernah mengkaji subjek ini, saya ingin menunjukkan betapa naifnya untuk mempercayai bahawa Kerajaan Madani boleh tumbang dengan mudah.

"Berdasarkan sejarah, ada beberapa prasyarat yang diperlukan untuk menjayakan pertukaran kerajaan melalui kaedah pintu belakang," katanya dalam penulisan terbaharu beliau.


Menyingkap sejarah tumbangnya kerajaan menggunakan SD dan pembelian wakil rakyat, Madhi berkata, pihak yang ingin menumbangkan mestilah mempunyai kuasa dan sumber kewangan yang lebih besar berbanding pihak yang ingin ditumbangkan.


Katanya, ‘Rampasan Kuasa Perak’ pada tahun 2009 dapat direalisasikan kerana Pakatan Rakyat di Perak ketika itu tidak mampu berdepan dengan segenap kekuatan yang dimanfaatkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan.


Dalam hal itu, katanya timbul persoalan adakah pihak perancang Langkah Dubai pada waktu ini yakin bahawa mereka boleh mengatasi kuasa tawar-menawar yang dimiliki oleh parti pemerintah?

"Hakikatnya, apa yang pembangkang mampu tawarkan hanyalah janji-janji manis semata-mata. Mungkin mereka mendapat semangat baharu dengan sokongan dua orang tokoh besar yang memiliki kekayaan peribadi dan anak-anak.


"Namun transaksi jual beli wakil rakyat tidaklah mudah dilaksanakan oleh pihak pembangkang kerana kerajaan menguasai badan penguatkuasa yang mampu menghalangnya," kata beliau.


Katanya, perancang Langkah Dubai mungkin terdesak untuk membuat percubaan terakhir sebelum berlakunya peralihan kuasa di Istana Negara namun melucutkan jawatan Perdana Menteri dalam keadaan status sokongan majoriti kepadanya akan dipertikaikan.


Jelas beliau, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah dilucutkan jawatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tanpa melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri namun berlaku pertikaian perlembagaan selepas itu.


"Walaupun akhirnya disahkan oleh Mahkamah Persekutuan (Nizar hilang kuasa), keputusan itu telah mencetuskan krisis politik dan Perlembagaan serta mencalar imej Istana.


"Oleh itu, bukanlah mudah bagi Yang di-Pertuan Agong melucutkan jawatan seseorang Perdana Menteri tanpa melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.


"Keabsahannya akan sentiasa dipertikaikan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini di peringkat Persekutuan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page