top of page

Noktah miskin tegar: 'Kerajaan pantau, sediakan bantuan' - Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15, 2024
  • 1 min read


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pembasmian kemiskinan tegar bukan bermaksud membasmi sepenuhnya kemiskinan di negara ini.


Sebaliknya kata Rafizi, konsep itu adalah pendekatan ekonomi selepas mengetahui jumlah sebenar orang miskin tegar di Malaysia.


"Miskin sifar bermakna kadar kemiskinan tegar yang dilaporkan setiap tahun daripada pelaporan rasmi negara sebagai data rasmi kepada dunia.


"Dilaporkan kini 0.2 peratus orang miskin tegar atau 18,445 keluarga, maka kumpulan ini yang akan dipantau dan sudah tentu dari tahun ke tahun, jumlah miskin tegar ini akan berubah jumlahnya berdasarkan garis kemiskinan yang berubah setiap tahun.


"Maka setiap tahun sasaran mengeluarkan orang miskin tegar ini adalah berdasarkan pelaporan rasmi itu. Namun sifar miskin itu tidak bermakna tiada langsung orang miskin tegar kerana kemiskinan itu relatif, kalau macam itu tidak perlulah ada zakat," katanya dalam Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Muttalib (PN-Maran) yang ingin tahu jumlah kemiskinan tegar susulan kenyataan Perdana Menteri yang mahu golongan berkenaan dinoktahkan.


Mengulas lanjut, Rafizi berkata maklumat lebih tepat mengenai jumlah miskin tegar akan diketahui selepas sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) dikemas kini.


Sehubungan itu katanya, data PADU akan digabungkan ke dalam eKasih bagi tujuan kemaskini jumlah sebenar penerima yang layak menerima bantuan kerajaan.


Hal itu, katanya, ada penerima eKasih yang tidak mahu keluar walaupun telah mempunyai pendapatan yang lebih baik.


"Jumlah dalam eKasih setakat ini sekitar 8 ribu keluarga dalam proses pembersihan dan PADU dikemaskini, kita akan mempunyai maklumat lebih baik tentang jumlah sebenar yang berada dalam miskin tegar selain laporan sedia ada," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page