Nilai ringgit jatuh, eksport sawit dihalang, ekonomi Malaysia dalam bahaya



Kerajaan BN - PN terbukti tidak berjaya mentadbir Malaysia dengan baik dan tidak seharusnya diberi mandat semula dalam Pilihan Raya Umum akan datang biar pun atas alasan 'kestabilan' politik.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, keadaan negara pada era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dijadikan indikator penting buat rakyat dalam membandingkan prestasi BN - PN berbanding kerajaan Pakatan Harapan yang lalu.


Katanya, nilai ringgit yang berada pada paras terendah RM4.39 berbanding 1 Dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan import menjadi mahal, malah makanan sekali pun mengalami kenaikan harga.


Menambah buruk, kata beliau, komoditi utama negara seperti sawit tidak dibenarkan masuk ke pasaran AS kerana isu buruh paksa yang didakwa berlaku di negara ini.


"Berkenaan ekonomi Malaysia, tidak dapat dinafikan dan diakui oleh pakar ekonomi, juga disahkan oleh rakyat sendiri, iaitu nilai ringgit jatuh teruk berbanding matawang antarabangsa dolar AS, dan ringgit juga jatuh berbanding matawang jiran kita Singapura. Dari segi ekonomi kita lihat nilai ringgit jatuh


"Kedua, kita lihat ada masalah (besar kepada) negara jika tidak diurus dengan baik. Malaysia ialah negara pengeksport barangan dihasilkan oleh kilang kilang seperti pembuatan sarung tangan, kilang hasil sawit dan sebagainya


"Hakikatnya ada keluaran sawit kita tidak boleh masuk ke AS dan dihalang oleh kastam di sana," kata Hassan dalam siaran media hari ini.


Menurut beliau lagi, sekatan atas alasan buruh paksa itu juga telah merebak ke atas produk berasaskan getah dan kemungkinan produk produk lain jika isu berkenaan tidak diselesaikan secara tuntas.


Keadaan tersebut, katanya meletakkan ekonomi Malaysia dalam kedudukan bahaya kerana negara ini juga mengalami penurunan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) kerana ekonomi yang kurang telus sejak beberapa tahun kebelakangan.


"Begitu juga pengeluar barangan getah umpamanya dihalang dari masuk ke pasaran AS. Isunya kerana buruh paksa


"Ini bahaya. Sudahlah ekonomi kita susah, eksport kita pula tak dibenarkan masuk ke negara rakan dagang utama seperti AS. Di sini kerajaan dilihat gagal menyelesaikan perkara ini


"Dan ekonomi kita diburukkan lagi kerana FDI tidak lagi datang ke Malaysia. Banyak syarikat besar berpindah ke negara jiran yang lain, Singapura, Indonesia dan Vietnam," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER