Naib Presiden KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad dipilih sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu yang baharu.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan demikian setelah mengadakan mesyuarat bersama Ketua ketua Cabang di Terengganu, petang tadi.
"Saya mengadakan rundingan bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Terengganu petang ini bagi memuktamadkan urusan pelantikan Pengerusi MPN.
"Saya telah mengemukakan nama saudara Nik Nazmi Nik Ahmad dan setelah mendengar pandangan, semua Ketua Cabang sebulat suara bersetuju melantik beliau sebagai Pengerusi MPN bagi penggal 2022-2025.
"Semoga saudara Nik Nazmi dapat merangkul segala kekuatan bersama pimpinan negeri bagi menggerakkan pasukan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15," katanya.
Comments