top of page

Nik Nazmi menghadap Sultan Perak, angkat isu tenaga, industri air

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 2, 2023
  • 1 min read


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini diterima menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.


Nik Nazmi mempersembahkan isu yang ditangani oleh kementerian beliau untuk pengetahuan Sultan Nazrin.


"Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas perkenan menerima mengadap hari ini.


"Saya mengangkat isu peralihan tenaga, industri air dan sektor mineral nadir bumi.


"Saya juga memuji inisiatif Perak dalam pemuliharaan Harimau Malaya di Royal Belum," katanya dalam catatan di Facebook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page