top of page

Nick Adams Duta Besar AS: AMK akan hantar memorandum bantahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memandang serius pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.


Biro Hubungan Antarabangsa AMK, Arief Izuadin (gambar) berkata, hal itu kerana latar belakang Adams didakwa cenderung kepada ideologi politik ekstrem kanan dan seringkali menyemai retorik perpecahan.


''Ia jelas bertentangan dengan nilai kemajmukan, toleransi dan solidariti yang dipegang oleh rakyat serta Kerajaan Malaysia.


''Malaysia sebagai negara berdaulat berhak di bawah Artikel 4 Konvensyen Vienna untuk menyuarakan kebimbangan atau menolak mana-mana pencalonan diplomat asing yang tidak selari dengan dasar luar dan sensitiviti tempatan,'' kata beliau dalam satu kenyataan.


Arief menyifatkan, penolakan itu bukan satu bentuk permusuhan, sebaliknya langkah mempertahankan hubungan dua hala yang sihat dan saling menghormati antara Malaysia dan AS.


Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan menghantar satu memorandum rasmi kepada Kedutaan AS.


Ujarnya memorandum itu sebagai bentuk bantahan terhadap pencalonan berkenaan dan mendesak agar individu lebih berwibawa, moderat dan menghormati nilai keadilan sejagat dilantik demi kepentingan bersama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page