top of page

NGO, syarikat swasta agih sumbangan Hari Raya di Setiawangsa


NGO Pertubuhan Komuniti Al-Iman (PKI) dengan kerjasama sebuah syarikat korporat, Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) baru-baru ini telah mengagihkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 100 keluarga yang memerlukan di sekitar Parlimen Setiawangsa dan beberapa kawasan lain.


Menurut Pengerusi PKI, Dr Hj Mohd Amim Othman (gambar, dua dari kiri), sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar, berbaju putih).


"Sehari sebelum menyambut Syawal, petugas PKI mengedarkan sumbangan di Surau Ad-Diniah, Rumah Pangsa DBKL 1A, Setapak Jaya, Kuala Lumpur yang turut disertai Ahli Parlimen Setiawangsa, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.


"Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penyumbang, khususnya AZRB kerana sudi bersama-sama pada Ramadan kali ini menyediakan peruntukan bagi diagihkan kepada penerima yang layak," kata Dr Mohd Amim yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Madani.


Menurut beliau, selain Parlimen Setiawangsa, sumbangan juga diagihkan di Parlimen Gombak, Wangsa Maju, Kepong dan Ampang oleh wakil-wakil setempat.


Menyerahkan sumbangan kepada keluarga mualaf

Di Kepong, kata Dr Amim, PKI memberi sumbangan kepada enam keluarga saudara baharu yang memeluk Islam. Di antaranya pengagihan kepada 3 ahli sekeluarga yang baru seminggu memeluk Islam di Kepong iaitu Cham Kiam Foo (Ilyas), 55, anak beliau, Adam dan ibunya, Maryam.


"Sumbangan dari pihak PKI sedikit sebanyak meringankan beban Ilyas sekeluarga menjalani ibadat Ramadan dan membuat persediaan menyambut hari raya. Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian diberikan kepada penerima bantuan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page