top of page

NGO, syarikat penghantar barang bantu mangsa banjir di Pantai Timur



Pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat penghantar barang tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa banjir di Pantai Timur.


Terbaharu, NGO Khidmat Untuk Malaysia, Arus Anak Muda dan YPOLITICS.my mewujudkan tabung bencana banjir.


Bersama NGO tersebut syarikat Ninja Van Malaysia juga akan menghulurkan bakti bagi mengurnagkan beban mangsa banjir.


"Khidmat Untuk Malaysia bersama-sama NGO Arus Anak Muda YPOLITICS.my telah mengambil inisiatif untuk melancarkan galang dana bencana banjir dalam usaha membantu mereka yang terkesan.


Turut bersama kami dalam inisiatif ini adalah syarikat penghantaran Ninja Van Malaysia sebagai rakan kerjasama logistik sepanjang tempoh inisiatif ini berlangsung.


Sokongan dan dokongan menerusi sumbangan ikhlas daripada seluruh rakyat Malaysia amatlah diperlukan agar ikhtiar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan NGO berkenaan.


Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukannya di akaun: Pertubuhan Pemangkin Arus Modal Insan. Nombor akaun 5623 6666 0108, Maybank.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page