top of page

NGO reformis tabur bakti program dapur jalanan di Chow Kit



Seawal pukul 6.30 para warga kota yang kurang bernasib baik sekitar kawasan Chow Kit berbaris di bonet sebuah kereta aktivis NGO Masssa yang menganjurkan Dapur Jalanan untuk para warga kota.


Namun iktiviti NGO Masssa malam tadi bukanlah memberikan makanan bungkus sebagai mana kebanyakan NGO atau orang perseorangan yang memberi bantuan di tepian Jalan Tunku Abdul Rahman.


NGO Masssa memasak makanan agar para gelandangan tidak menikmati makan malam yang telah sejuk dan kurang menyelerakan.


Ahli-ahli NGO memasang khemah, dapur, meja dan mula memasak pada jam 7.00 malam. Mereka juga mengeluarkan balang plastik untuk membancuh air minuman.


Menurut penyelaras aktiviti dapur jalanan, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa (gambar, kanan sekali), NGO menyediakan peruntukan makanan untuk ratusan orang pada setiap kali turun ke lokasi.


Menu yang disediakan biasanya mee goreng, bihun goreng, air kordial dan sebagainya.


"Selalu mereka makan nasi bungkus, hari ini mereka dapat hidangan panas.


"Kepada saudara-saudara yang ingin bersama kami membantu dialu-alukan.


"Kita nak beri sumbangan kepada rakyat. Dapat pahala. Kita bantu apa yang termampu. Ada beberapa NGO bersama kami," katanya.


Menurut Mustapha lagi, beliau dan rakan-rakan biasanya turun dalam jumlah sekitar 10 orang untuk menyediakan makanan dan minuman.


Sambutan yang diterima sekata ini, katanya, amat menggalakkan dan beliau mengharapkan lebih banyak NGO akan turut membantu selain Masssa, Perkom, Otai Reformasi dan beberapa NGO lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page