
Pertubuhan Rapat Rakyat (RAPAT) yang pro reformasi telah mengadakan lawatan kerja ke Kedah dan Pulau Pinang kelmarin.
Menurut Presiden Rapat, Mustaffa Kamil Ayub, NGO itu yang telah menubuhkan Sekretariat Malaysia Madani Rakyat (SEMARAK) dalam rangka kerja mempromosikan agenda Madani kepada pertubuhan dan agensi kerajaan di sebelah Utara tanah air.
"Alhamdulillah 16 Ogos 2023, lawatan kerja SEMARAK Persatuan Rapat Rakyat telah berlangsung dengan baiknya. Bermula dengan sesi perbincangan bersama Setiauasaha Politik Menteri KDN, Johari Kasim di Bertam Pulau Pinang.
"Rombongan kemudiannya singgah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), Jitra. Perbincangan bersama Tuan Pengetua yang diwakili oleh PKP1, Pn Wan Zainon dan PKP 2 En Nasri.
"Seterusnya ceramah dan dialog "MALAYSIA MADANI Retorik Politik atau Tekad Perjuangan" diadakan serta diikendalikan oleh saya sendiri di Bilik Persidangan Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
"Ia dianjurkan Jabatan Kesihatan Kedah (JKN) bersama Pengarahnya Datuk Dr Othman Warijo," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, Mustaffa menganggap sesi dialog yang dihadiri sekitar 50 orang pegawai kanan dan kakitangan JKN dari seluruh negeri menampakkan kejayaan dengan menarik minat pelbagai persoalan dan rumusan awal dalam kerangka falsafah Malaysia Madani.