
NGO pro reformasi Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) baru baru ini memberi sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Parlimen Sungai Buluh, terutama peniaga kecil yang terjejas.
Menurut Presiden Rapat, Mustaffa Kamil Ayub, rata rata penjaja kecil yang terjejas teruk akibat kemusnahan barangan perniagaan dan kediaman, menzahirkan rasa syukur dengan sumbangan daripada beberapa NGO dan Kerajaan Negeri.
"RAPAT turut terbabit dalam usaha ini. Saya bersama saudara Alias setiausaha RAPAT telah sama sama menyampaikan pelbagai bentuk barangan kepada mangsa banjir.
"Saya bangga dengan kesungguhan petugas-petugas MPKK membantu mangsa banjir juga ketabahan peniaga-peniaga kecil Sg Buloh dalam menghadapi ujian banjir serta mendoakan Allah menganugerahkan kesabaran dan kekuatan kepada mereka untuk bangkit semula," katanya.
Dalam majlis yang diadakan baru baru ini, wakil MPKK, Hassim dan Hasrul Aimee telah menyampaikan sumbangan barangan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Kata Mustaffa, Pihak RAPAT juga sedang mengusahakan bantuan tambahan kepada peniaga bersama Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM).