Pertubuhan pro reformis RAPAT dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras baru baru ini menyantuni mangsa banjir di Sungai Buloh, Selangor dengan pemberian bantuan makanan dan keperluan harian.
Menurut Presiden RAPAT Mustaffa Kamil Ayub (gambar, dua dari kiri), program menyantuni mangsa banjir tersebut diadakan dengan kerjasama MPKK Paya Jaras Tengah, NGO PERKENAN dan JK Masjid Al Huda Paya Jaras bertujuan meringankan beban mangsa yang kerugian harta benda akibat banjir besar pertengahan Disember lalu.
"Di Masjid Al Huda menjelang Jumaat diedarkan kira-kira 300 pek makanan dan minuman bagi para jemaah yang sebahagian besarnya mangsa banjir.
"Edaran 200 pek makanan Dapur Rapat Rakyat (DRR) bersama sumbangan Kerajaan Negeri melalui ADN Paya Jaras, Khairuddin Othman juga kemudiannya disampaikan di Taman Mawar 1 dan 2 yang terjejas teruk akibat banjir," katanya.
Selain itu, NGO PERKENAN dan RAPAT Selangor melalui Puan Mila tuurt menyampaikan pakaian dan beras bagi edaran di Pusat Bantuan Banjir Paya Jaras.
RAPAT juga menyampaikan sumbangan termasuk 28 naskah Al Quran kepada peniaga kecil pasar Paya Jaras serta suraunya yang dilanda banjir.
Turut serta dalam jelajah menyantuni mangsa banjir itu adalah ketua ketua MPKK seperti Tok Hassim, Tok Zul, Tok Ali dan Hj Akop setiausaha masjid Al Huda.
Comments