top of page

NGO, Ranting KEADILAN Ampang bincang agenda anak muda

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 3, 2021
  • 1 min read


NGO KitaBudakAmpang (KBA) bersama beberapa Ranting KEADILAN Ampang baru-baru ini berbincang untuk menggerakkan agenda anak muda di Parlimen berkenaan.


Menurut pengasas KBA yang juga aktivis KEADILAN, Datuk Hans Isaac, perbincangan tertumpu kepada isu-isu golongan muda dan menggerakkan agenda sosial.


"Bersama Kelab @KitaBudakAmpang fokus utama dan hasrat kami adalah untuk memberikan kesedaran politik dan keperluan untuk melibatkan diri dalam lanskap politik negara.


"Dengan itu, saya dan pasukan KBA telah bersama pemimpin-pemimpin muda KEADILAN Ampang terdiri dari Ketua-Ketua Ranting dan ahlinya dalam satu sesi perbincangan.


"Pelbagai perkara dibangkitkan dan dikongsikan bagi tujuan perancangan dan agenda penyesaian. Antara yang menjadi topik utama ialah isu Undi 18 dan bagaimana untuk menyampaikan mesej kepada anak muda mengenai kritikalnya penglibatan mereka bagi mencapai Malaysia yang lebih baik," katanya.


Menurut beliau lagi, walaupun perbincangan tersebut singkat namun berjaya mencapai kata sepakat untuk menggerakkan beberapa agenda yang fokus kepada golongan muda.


Beliau berharap perbincangan seperti itu akan lebih kerap untuk menjana kebangkitan gelombang anak muda dalam pilihan raya umum akan datang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page