Sejumlah NGO, profesional dan tokoh masyarakat sivil menzahirkan sokongan terhadap penghapusan 4 kertas percubaan peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) di negara ini.
Menurut kenyataan Presiden Enlight Malaysia, M Jay Raj dan disokong oleh pelbagai NGO serta pengamal undang-undang, peperiksaan CLP walaupun wajar diteruskan bagi graduan undang-undang namun 4 kertas peperiksaan percubaan perlu dihapuskan.
"Kami di sini tidak mendesak penghapusan kertas CLP kerana kami memahami dengan melakukannya, ia boleh menyebabkan lebihan profesional undang-undang ke pasaran dan lebih banyak perancangan dari segi pasaran pekerjaan perlu diteliti bersama dengan pembuat dasar.
"Tetapi kita di sini bersatu untuk penghapusan 4 kertas percubaan CLP. Dan mahu graduan undang-undang untuk terus mengikuti kursus pasca-siswazah, berlatih sebagai peguam bela dan peguam cara negara.
"Peratus kelulusan masih sekitar 25-30% jika 4 percubaan dihapuskan, untuk membantu memastikan keseimbangan dalam menjalani kursus dan pemeliharaan standard profesionalnya," kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, sebilangan besar lulusan undang-undang Malaysia adalah dari universiti luar negara, termasuk lulusan Program Antarabangsa Universiti London di Malaysia.
Oleh itu, walaupun mereka menduduki peperiksaan di Malaysia, dan ijazah mereka dari institusi luar negara, mereka masih mengambil pinjaman PTPTN untuk membayar ijazah mereka. Sehubungan itu, 4 percubaan yang dikenakan kepada pelajar hanya membebankan mereka.
"Dengan mengekalkan peperiksaan CLP dan menghapuskan 4 percubaannya akan berfungsi sebagai keseimbangan bagi graduan tempatan dan tidak mewujudkan persaingan langsung dari segi pekerjaan kerana kadar kelulusan CLP masih rendah 25-30%.
"Kami juga mendesak agar sesi praktikal dimasukkan ke dalam CLP sebagai syarat lulus menjalani latihan undang-undang, seminar dan ceramah dalam mengembangkan calon serba lengkap yang mempunyai pengetahuan praktikal dan teori.
"Kami memahami tujuan CLP untuk memastikan graduan undang-undang Malaysia dari institusi luar negara dan juga pelajar yang mengambil Sarjana Muda Perundangan atau Pengajian Undang-undang dari universiti tempatan menjalani ujian yang ketat untuk memastikan kualiti peguam.
"Walau bagaimanapun peguam yang baik bukan hanya dibentuk dengan menduduki peperiksaan, tetapi merangkumi pelbagai kemampuan holistik seperti advokasi, penggubalan, perundingan dan komunikasi mereka serta kemahiran menyelesaikan masalah," kata mereka lagi
Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, sesiapa yang sudah mempunyai ijazah tidak perlu ditambah bebanan dalam peperiksaan mereka. Tiba masanya untuk menghapuskan percubaan 4 kali dalam CLP.
Peperiksaan CLP merupakan kursus pasca-siswazah selama 9 bulan yang biasanya diambil oleh rakyat Malaysia lulusan undang-undang dari universiti luar negara untuk berlatih sebagai peguam bela dan peguam cara di Malaysia.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh ikon anak muda Adam Adli Abd Halim (Liga Rakyat Demokratik), Mohd Shahffeq Eqhwan Shahrom (Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor), Haziq Azfar Ishak-Former (Presiden Persatuan pelajar Universiti Malaya), Asheeq Ali (penguam) dan beberapa NGO lainnya.
Comments