top of page

NGO pro reformis edar bubur lambuk di Sg Buloh




NGO pro reformis, RAPAT Rakyat bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Masjid Al Ikhlas Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buloh baru baru ini mengadakan edaran bubur lambuk di Parlimen Sungai Buloh.


Menurut Presiden RAPAT Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub (gambar, baju biru), sebanyak 500 pek bubur lambuk telah disediakan dan diedarkan dalam program tersebut yang sebahagiannya kepada kakitangan Rubber Research Institute (RRI), juga edaran ke kawasan DUN Paya Jaras dan DUN Kota Damansara.


"Staf RRI amat bergembira kerana inilah julung kali gotong royong memasak bubur lambok ini diadakan terutama selepas PKP Covid 19," katanya.


Selain Mustaffa, turut terlibat dalam edaran ialah Hassim Awang Ketua MPKK Paya Jaras Tengah, En Shahril Bendahari Masjid Al Ikhlas LGM dan En Langhani Wakil Pejabat Parlimen Sg Buloh turut bersama memasak, membungkus dan mengedarkan bubur tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page