top of page

NGO pro reformasi gerakan dapur rakyat bantu mangsa banjir



NGO pro reformasi, RAPAT Rakyat terus menggerakan program Dapur Rapat Rakyat (DRR) sejak minggu lalu bagi membantu mangsa mangsa banjir di Subang dan Paya Jaras, Selangor.


Menurut Presiden RAPAT, Mustaffa Kamil Ayub (gambar, kiri), program memasak makanan untuk mangsa banjir dan memberi sumbangan barang keperluan harian tersebut dibuat kawasan di Parlimen Sungai Buloh dan Subang yang terjejas teruk baru baru ini.


"Kami memasak makanan di Baitul Hikmah Kota Damansara untuk makan tengah hari kepada mangsa banjir dan petugas. Kita menyiapkan 100 pek makanan pada 1 Januari lalu.


"Sumbangan makanan ini diagihkan bersama ketua kampung Tok Hashim di kampung Paya Jaras Tengah dan saudara Hasrul Aimee, Angkatan Muda KEADILAN Sg Buloh pula menyampaikan sumbangan makan tengahari kepada mangsa banjir Kampung Kubu Gajah," katanya.


Tambah Mustaffa, bantuan juga diberi oleh orang ramai melalui RAPAT berupa barang keperluan harian seperti pakaian dan peralatan rumahtangga untuk mangsa banjir yang rata rata mengalami kerugian peralatan penjagaan diri dan perabot.


Selain itu katanya, RAPAT melalui Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) turut cuba membantu peniaga peniaga kecil yang terjejas akibat banjir.



Saifulannuar (belakang) mengetuai DRR menyediakan makanan tengah hari kepada mangsa banjir

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page