NGO pro Palestin bincang hantar bantuan ke Gaza
- Suara Keadilan
- Jun 15
- 1 min read

Sekatan dan kepungan Israel ke atas wilayah Gaza di Palestin menimbulkan tekad kepada umat Islam disegenap penjuru dunia untuk menghulurkan bantuan kepada saudara seagama.

Sehubungan itu, baru baru ini berlangsung perbincangan antara beberapa NGO prihatin untuk menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan laut setelah jalan darat dikepung sepenuhnya oleh tentera rejim zionis.
Menurut mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar perbincangan itu turut disertai Pengerusi MAPIM, Azmi Hamid yang sering menghantar bantuan ke Palestin pada waktu damai mahupun perang.
"Perbincangan bersama perwakilan beberapa negara dalam perancangan menghantar kapal bantuan untuk 1000 flotila, inisiatif ke Gaza," katanya dalam catatan ringkas di Facebook.
Turut bersama dalam perbincangan itu ialah Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Datuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan wakil wakil NGO pro Palestin.
Comments