NGO pro KEADILAN, Pekasih Perlis baru-baru ini mengagihkan sumbangan kepada beberapa ibu tunggal.
Menurut kenyataan Pekasih, NGO itu memberi sumbangan kepada 3 keluarga ibu tunggal di Jejawi, Perlis.
"Ibu tunggal pertama mempunyai anak 6 orang dan hanya bekerja di HPA serta tinggal di rumah sewa.
"Ibu tunggal kedua mempunyai 2 orang anak. Bekerja di Pasti dan tinggal di rumah kakaknya
"Manakala yang ketiga tidak bekerja. Hanya mengambil upah mengasuh anak jiran dan mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah," kata kenyataan itu.
Pekasih Perlis menyampaikan sumbangan barang keperluan dapur kepada ketiga-tiga mereka.
Comments