top of page

NGO, parti politik piket enam hari desak AS adakan gencatan senjata



Oleh: Abdullah Zaid


Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi politik termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wanita KEADILAN dan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) berhimpun di luar kompleks Kedutaan Amerika Syarikat (AS), malam tadi.


Perhimpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu menyaksikan lebih 100 orang peserta hadir bagi “mengepung” Kedutaan AS susulan tindakan negara itu memveto usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendesak gencatan senjata di Gaza.


Tindakan piket 'Kepung Demi Palestin' adalah inisiatif warga Malaysia yang terkesan dengan krisis di Gaza melibatkan kini telah melibatkan 27,674 angka korban, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.


Menurut SSP, mereka akan bermalam di dalam khemah sepanjang piket berkenaan, selain mengadakan acara-acara solidariti pada setiap malam hingga 31 Disember ini sebagai acara penutup.


Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Elizabeth Wong menyifatkan himpunan kemanusiaan itu adalah tanda peduli dan pendirian parti reformasi itu berhubung isu kemanusiaan.


"KEADILAN memang dari awal menyokong pembebasan Palestin dan keadaan di Gaza amat dahsyat sekali.


"Kita hadir malam ini sebagai satu mesej kepada AS bahawa kita tidak akan menerima apa-apa alasan kecuali tindakan gencata senjata perlu dibuat segera," tegasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page