top of page

NGO Otai Reformis selar Anthony Loke mahu Anwar berundur



NGO Otai Reformis 1998 (Otai) menyelar Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang mahukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur untuk digantikan dengan calon lain.


Menurut jurucakap Otai, Fadzlie Hassan, tidak wajar hanya kerana kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Anwar diminta berundur sedangkan sebelum ini beliau merupakan aset berharga bagi PH ketika dipuncak populariti.


"Kami merakam rasa dukacita dengan suara suara kritikan dari komponen PH yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden KEADILAN meletakkan jawatan sebagai pengerusi PH kerana tewas dalam PRN Melaka baru baru ini.


"Kenyataan media YB Anthony Loke selaku Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Seremban mencadangkan pengganti Datuk Seri Anwar sangat menghiris perasaan penyokong PH


"Kami berpandangan bahawa sewajarnya pemimpin PH melakukan post mortem untuk mencari punca sebenar kekalahan dalam PRN Melaka sebelum ini, dan bukan mencari kesalahan serta kambing hitam untuk menanggung beban kekalahan PH tersebut," katanya dalam sidang media, tengah hari tadi.

Fadzlie Hassan

Menurut Otai lagi, faktor PRN Melaka dengan Prosedur Operasi Piawai yang terlalu ketat perlu ditekankan, sehingga tidak boleh melakukan ceramah umum dan kempen rumah ke rumah.


Katanya, ceramah umum adalah medan PH mencari pengaruh selama ini. Tanpa diperbolehkan ceramah maka PH tidak mempunyai cara untuk menyampaikan mesej.


"Perlu diingat hampir semua jentera parti di Melaka khasnya dan seluruh negara terencat. Aktiviti penerangan setempat terhad untuk menemui pengundi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan hampir 2 tahun," katanya.


Jurucakap Otai juga bertanya mengapakah Anthony dan beberapa pemimpin DAP tidak bersuara ketika PH kalah dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti Cameron Highlands, Semenyih dan Tanjung Piai.


Mengapakah ketika itu, katanya Pengerusi PH, Tun Mahathir tidak dipersalahkan.


"Kita menyelar kegopohan Anthony Loke yang mencadangkan Datuk Seri Anwar berundur sedangkan kita tertanya-tanya siapakah pemimpin yang berkarisma untuk menyaingi tokoh Anwar setakat ini.


"Kita kecewa dengan Anthony yang merupakan pucuk kepimpinan DAP yang turut serta dalam banyak sesi mesyuarat Majlis Presiden, sebaliknya di luar dewan secara terbuka beliau mencadangkan pengganti Amwar. Hal ini sangat menjengkelkan," katanya.


Justeru, Fadzlie berharap parti komponen PH bersikap lebih bertoleransi untuk mengekalkan gabungan PH dalam keadaan mantap.


"Kami penyokong PH mengharapkan sikap toleransi harus dikekalkan demi menghadpai PRN Sarawak dan PRU 15.


"Banyak kerjasama perlu dilakukan bagi memastikan untuk mendapat semula Putrajaya," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page